6,375,528
订阅我们的邮件列表
邮件 :
VerifyCode :
1131118132131.gif1121130164201.gif1131118132217.gif1131118132152.gif1131118132203.gif

News & Events

[ 19-01-2015 ]
Kementerian Wilayah Persekutuan kumpul RM5.3 juta bantuan banjir
Tengku Adnan (tiga dari kanan) menerima cek sumbangan beberapa badan korporat untuk Misi Pasca Banjir Kementerian Wilayah Persekutuan.
Tengku Adnan (tiga dari kanan) menerima cek sumbangan beberapa badan korporat untuk Misi Pasca Banjir Kementerian Wilayah Persekutuan.

 

Oleh Azizi Sunip (azizisunip@abnxcess.com)

PUTRAJAYA –  Kementerian Wilayah Persekutuan berjaya mengumpulkan sumbangan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM5.3 juta dari beberapa badan koporat untuk misi bantuan banjir.

Menurut menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sumbangan yang terkumpul itu adalah khusus untuk bantuan pasca banjir di negeri-negeri terjejas banjir di pantai timur.

Datuk Seri Tengku Adnan menerima sendiri sumbangan dari wakil-wakil badan koporat yang menderma.

Antara syarikat yang menyumbang ialah Malaysia Land Properties, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Berjaya Corporation, Pavilion Reit, Tradewinds Corporation, dan Ekovest Berhad.

“Program ini adalah untuk membantu mangsa yang terjejas selepas banjir, jadi ini yang saya lakukan kerana saya tidak minta dengan rakyat tetapi saya minta daripada semua pengusaha-pengusaha yang berada di Kuala Lumpur,” katanya.

Terdahulu, misi bantuan banjir yang digerakkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya menghantar pelbagai bantuan barangan bantuan keperluan seperti pakaian, makanan, minuman, barangan elektrik dan sebagainya.

Misi itu juga termasuk menghantar seramai 150 orang sukarelawan terdiri daripada kakitangan Kementerian Wilayah Persekutuan, DBKL dan Perbadanan Putrajaya ke Kuala Krai, Kelantan pada 2 Januari sehingga 12 Januari.